|
|
| Sunday, 12-Oct-2008 02:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PUASA 6 DI BULAN SYAWAL
|
 |
|
PUASA 6 DI BULAN SYAWAL
|
|
|
terima kasih kpd rakan² yg sudi me'fwd' artikel ni ke emel aku. elok rasanya kita berkongsi ilmu ni dgn pengunjung² fp lain...
(kalo nak yg lebih besaq klik kat atas)
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Oct-2008 02:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RAYA 1429/2008: BAKAQ SATE
|
|
BERAYA DGN ADIK BERADIK...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Oct-2008 00:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AGENSI CARI JODOH
|
|
3-4 bulan lepas aku p pekan rabu. jalan punya jalan, naik tangga turun tangga, tup tup tgk ada satu kedai, yg selain menjual pakaian n etc, rupanya juga menyediakan PERKHIDMATAN CARI JODOH. so, kpd rakan² yg berminat dgn perkhidmatan tersebut, bolehlah contact agen (tgk gambar kat bawah)tersebut utk mendapatkan perkhidmatan cari jodoh.
Ermmm... bukan semua org reti @ "ada kemampuan" nak mengorat...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Sep-2008 00:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SALAM 'IDULFITRI 1429/2008
|
 |
|
TAKBIR RAYA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 29-Sep-2008 00:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MENU BERBUKA PUASA
|
|
ALHAMDULILLAH. minggu lepaih (22 Romadhon) aku n wife bukak posa mkn mi sanggoi. sedapnya tuhan saja yg tau... 2 pinggan! tu pun tingat nak teraweh, kalo dak mau lajak 1 pinggan lagi hikhikhik...
tima kasih khas utk isteriku yg masak sedap sekali... ailebiu...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Sep-2008 04:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AFC CUP: KEDAH vs ALMUHARRAQ
|
|
KEDAH 1 AL-MUHARRAQ 2
(Kedah kalah argregat 1-7)
Semalam berlangsunglah perlawanan piala afc peringkat suku akhir pusingan kedua antara kedah dan almuharraq dari bahrain. ketiadaan 3 tonggak import (marlon, nelson & hugging) memang sgt2 dirasai kedah. ternyata, dgn pemain2 tempatan yg sedia ada, kedah belum mencapai standard asia, jauh sekali dunia. tapi aku percaya, players kedah telah memberi yg terbaik yg mampu dilakukan. apakan daya, itu saja yg termampu.
setelah tewas 0-5 di tempat lawan minggu lepas, semalam di alor setar kedah tewas lagi 1-2 menjadikan argregat 1-7 (rasanya kekalah yg paling besar sekali penah dihadapi kedah sepanjang 2 tahun sebelum ini).
apapun, tahniah kpd skuad kenari kerana telah memperlihatkan kesungguhan dlm semua perlawanan sepanjang tahun ini.
tahun depan kita cuba lagi, yg penting jgn putus asa. sebagai pemain profesional, berikan komitmen yg terbaik anda utk kenari. BIAR JASA JADI KENANGAN.
berita drp website AFC: http://www.the-afc.com/eng/articles/viewArticle.jsp_168100962.html
|
|
|
|
|
|
| Friday, 12-Sep-2008 00:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LAGI KISAH TAUHU JIJIK
|
|
bila baca berita ni, rasa mcm meloya... uwweeekkk!!!
dari sudut denda, aku rasa kalo setakat bunyi ribu ribu, tauke² tak heran langsung sebab hari² duit dia dpt ribu². kurang pun kena denda 2juta dan penjara 2-3 tahun sebab ini bukan kesalahan yg "tak sengaja" dan "dia tak tau" tapi memang sengaja dan dia mmg tau dia buat salah. ini melibatkan pengguna yg ramai. ini kurang ajar! ini biadab!
memang patut pun rakyat membuat perubahan dlm negara nih...
KOSMO! ONLINE 11/09/08
GUNA AIR BERLUMUT PROSES TAUHU
SEORANG pegawai penguat kuasa meninjau tempat tauhu dikeringkan di sebuah kilang di Cheras semalam.
KAJANG - Terlalu menjijikkan. Begitulah keadaan yang boleh digambarkan apabila kilang tauhu kering yang beroperasi bersebelahan kandang anjing di Cheras di sini, setelah diserbu oleh pihak berkuasa semalam.
Paling meloyakan ialah, ribuan lalat menghurungi tauhu-tauhu yang sedang dalam proses pengeringan manakala alatan yang digunakan sudah berkarat dan buruk yang dikatakan telah digunakan sejak 13 tahun lalu tanpa ditukar yang baru.
Selain itu, proses membuat tauhu tersebut menggunakan air yang diperoleh daripada sebuah kolam takungan yang sudah berlumut dengan air kotor berwarna kehijauan.
Penggunaan air tersebut diakui sendiri oleh seorang pekerja kilang tersebut yang memberitahu air daripada kolam yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut digunakan untuk memproses makanan tersebut.
Malah, kelibat anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan kilang juga menjadikan produk makanan tersebut tidak sepatutnya dijual kepada orang ramai di negara ini.
KEDUDUKAN kilang tauhu kering di Cheras yang diserbu semalam.
Namun, penemuan yang paling mengejutkan ialah pengusaha kilang tersebut masih menggunakan logo halal yang sudah tamat tempoh sejak Januari 2003 dan perkara itu disahkan oleh wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tidak kurang 20 ekor anjing yang dikurung di sebelah kilang itu pula difahamkan sedang menjalani proses jagaan dan rawatan sebelum dijual sebagai haiwan peliharaan.
Pusat jagaan anjing itu yang dimiliki oleh pengusaha lain terletak hanya kira-kira 15 meter dari kilang tersebut. Bersebelahan kilang tersebut ialah kawasan pangsapuri dan Sungai Balak.
Menurut Penolong Pegawai Tadbir Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman, pihaknya sudah mengarahkan kilang itu ditutup serta-merta dan lesen ditarik balik.
"Pemilik perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kerana melanggar syarat lesen perniagaan seperti gagal memastikan kebersihan," katanya kepada Kosmo! semalam.
Operasi yang turut disertai oleh Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ekoran laporan Kosmo! semalam mengenai kewujudan sebuah kilang memproses tauhu kering yang didakwa penduduk menjalankan operasi di kawasan kandang ternakan babi.
Jelas Kamarul lagi, MPKj turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada pengusaha tauhu di bawah undang-undang Trit Perdagangan dan Industri.
PULUHAN lalat menghurungi sebatian tauhu kering di tempat pengeringan.
Pemilik kandang anjing itu pula dikompaun RM25,000 dan diarah merobohkan kandang itu serta-merta kerana tidak mendaftarkan perniagaan tersebut.
"Walaupun arahan roboh dikeluarkan serta-merta tetapi MPKj memberi tempoh selama 30 hari untuk pemiliknya mengeluarkan barang-barang mereka," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Seksyen Pemantauan SSM, Narainasami Alagu berkata, kilang itu turut disaman kerana gagal mempamerkan papan tanda dan nombor pendaftaran perniagaan.
Menurut Ketua Seksyen Pemantauan SSM, Narainasami Alagu, tindakan tersebut diambil di bawah kaedah 17 A(2) yang membawa hukuman denda sebanyak RM10,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Sep-2008 00:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KILANG TAUHU TEPI KANDANG BABI
|
|
sgt menyedihkan dan menyakitkan hati!
gerammmm!!!
Laporan oleh KOSMO! ONLINE 10 SEPTEMBER 2008
(terima kasih Kosmo!)
INILAH kilang memproses tauhu kering di Cheras yang terletak berhampiran kandang ternakan babi.
| Quote: | KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, anda mungkin pernah terbeli tauhu kering yang diproses dalam satu kawasan ladang menternak babi di kawasan Cheras yang sejak sekian lama berada di pasaran.
Memang mengejutkan, tetapi tidak siapa yang akan mengambil peduli lebih-lebih lagi jika terdapat logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada pek bungkusan itu.
Difahamkan, tauhu kering itu telah berada di pasaran sejak empat tahun lalu dan telah mendapat sambutan ramai terutama daripada pengguna beragama Islam.
Menjijikkan. Itulah yang dapat dirumuskan ketika wartawan Kosmo! menyelinap masuk ke kilang membuat tauhu kering di sebuah premis di Cheras itu semalam.
Bukan sahaja kotor dan tidak terurus, kandang babi yang cuma dipisahkan oleh sekeping dinding cukup memualkan.
Bau busuk tersebut sekali gus menjawab persoalan yang selama ini menghantui penduduk setempat memikirkan apakah kegiatan di sebalik kawasan berdinding zink itu selain beberapa ekor anjing juga kelihatan bebas keluar masuk ke tempat membuat tauhu kering itu.
Dalam kawasan berpagar yang sama juga, terdapat sebuah kilang yang memproses kayu yang mengeluarkan habuk tidak terkawal dalam ruangan yang amat terhad.
Selepas beberapa jam menyelinap, wartawan Kosmo! turut mengekori sebuah van dan mendapati ia membawa tauhu kering yang telah siap dibungkus ke sebuah kedai berhampiran sebelum diedarkan ke tempat lain.
Apa yang menyedihkan, dipercayai logo halal Jakim itu palsu juga tertera pada bungkusan tauhu yang yang dibungkus dalam kuantiti besar untuk pemborong.
Bukan itu sahaja, alamat syarikat yang mengeluarkan bahan makanan tersebut juga tidak sama dengan kilang yang mengeluarkannya.
Difahamkan, kilang tersebut mampu mengeluarkan 5,000 hingga 10,000 bungkus tauhu kering setiap hari dan pasarannya bukan sahaja di Lembah Klang malah ke seluruh negara. |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Sep-2008 01:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TAZKIROH OLEH TUAN GURU
|
 |
|
Tazkiroh: Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat
|
|
|
utk dikongsi bersama
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Sep-2008 00:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SULTAN BUKA RESTORAN
|
|
Haa...tu la,aku habaq ampa x caya...
|
|
|
|